Wednesday, May 27, 2009

Amanah.

duduk kt umah yang agak bosan.
hati mula rasa nk berjalan. dengan badan yang agak beban dan di temani beberapa orang kawan maka saya mula berjalan. berjalan tanpa tujuan. sihat kan badan mungkin. atau hanya untuk menghilangkan bosan. jadi aku mula memikir kan sesuatu. sikap manusia. adakah cita2 menjadi polis untuk menabur jasa atau hanya untuk membolot semua wang manusia.


hati manusia. siapa tahu. mungkin mulia di hati kita. tapi bebeza baginya. tiada tempat untuk berkata. jadi sini lah saya mula berbicara. berbicara dengan siap. seorang diri mungkin. tak mengapa, yang penting hati terasa puas.


sikap manusia.
tiada siapa menyangka kalau kita melakukan sesuatu dengan muslihat di dalam hati. itu semua dosa sendiri. tapi jangan menyesal di sana nanti. pelbagai bnda boleh terjadi. yang halal pn boleh jadi haram. bkn kerja di pusat judi. kerja di jawatan yang tinggi di pejabat, rumah sendiri atau jalan raya mungkin. kalau dah nikmat name dia. tak de sape nk tolak. asal kan merasa. rasuh mungkin.?


manusia mmg susah nk ikut disiplin. mereka akan rasa terikat. mungkin ini hakikat dunia. manusia kene hidup dalam keadaan yang bebas. bebas dari segala kongkonggan. tapi bukan itu alasan tuk kita nk merasa. kerja tetap kerja. maruah diri kita jaga. jangan mati tidak berjasa.
selamat. :)



BE HONEST.
even if other are not.
even if other will not.
even if other cannot.

Tuesday, May 26, 2009

ketenangan.


ditipu.penipu.menipu.


dah jadi lumrah dalam hidup manusia. kadang kala yang menipu pun akan tertipu. kenapa dowang menipu kalau dowang tau padahnye. tak ke bodoh name nye. mungkin keseronokan bagi mereka. tapi ape plak rase bagi orang yang kene.? marah.? sakit ati.? maki-maki.? kenapa nk keseronokan sampai orang len disakiti.? dari hidup menyakitkan hati. bek pegi mati. bukan ke banyak lagi cara nk gembira kan hati.? kenapa menipu lagi.? jangan sampai di pandang seperti babi. ingat lah. hidup ni sekali je. jangan wat keje sia-sia. kita hidup tk lame. hidup tu akan jadi lebih singkat klu kita tk mencurah erti ke dalamnya. kan lebeh elok kalu kte wat orang gembira. kite sendiri dapat rase. same-same gembira. same-same suka-suka. baru lah hidup macam manusia. tak de yang menghina. tak de yang berbicara mengunakan kaki dan tangan. klu berbicara pn tk lebam muke.


ku punya kawan,
yang punya kawan,
yang boleh buat kamu ilang kawan,
dari buat lawan,
baik buat kawan,
dari angkat jari,
baik bagi tangan.



ukir senyuman, tenangkan hati, buka minda,
jadi kan hidup lebeh bermakna.

Saturday, May 23, 2009

layu. :)



Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai.

malique-layu.


stiap kali bukak komputer. lagu ni yang aku suke dgr.
dan berulang2 kali aku rase. banyak jugak benda yang mula nak dibicara.

pejuang bangsa.

huh. name yang agak mendalam maksudnye.
kadang2 hati ade jugak terasa nk menjadi salah sorang dr tu.
tapi.. dengan badan yang tak mahu berjasa. ia hanya cita2 biasa.

ye.
saya hanya budak biase yang tk mengerti ape2.
bak kata abang2. "biasa lah, tu budak baru nk naik."

hm. tapi mungkin saya boleh membuat perubahan.
siapa tahu. mungkin saya blum memahaminya.
bah kan Mahathir pun seorang penjual goreng pisang pada perang dunia kedua.
pada ketika itu tiada siapa menyangka dia anak dilantik menjadi pemimpin negara pada 16 julai 1981. kenape tidak kita. ini negara kita. kita pn mesti pertahan kan negara.

52 tahun lalu,
datuk nenek kita berjuang untuk menpertahan kan negara.
dan kini kita yang merasa kan kebebasannye.

ape kene mengena perjuangan 52 tahun dahulu dengan kita.? kita sudah merdeka.! buat ape kita suke.!
mungkin itu yang di ucap oleh sebilangan anak bangsa.
ya. saya sendiri pun seperti mereka. mengapa begitu.?
mungkin mereka tetap dengan pendirian mereka sehingga meraka rasa apa yang datuk nenek kita rasa lbeh 52tahun dahulu. kehidupan tanpa pembangunan.
hidup seperti pelarian di negara sendiri.

buat ape mereka mahu.
tapi jangan perpaduan mereka lupa.

Dato’ Onn Jaafar

“Masa depan orang-orang Melayu akan gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan. Saya bimbang perpecahan ini akan melemahkan kedudukan orang Melayu dan dengan lemahnya orang Melayu kedudukan ekonomi akan lemah, orang Melayu akan mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera”.